Kristal - Puteri Cinta Hati Mp3
Musicaddict.com

Monday, May 30, 2011

cOngRTz TO mY LADy BOss~~~


KUALA LUMPUR 30 Mei – Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Datuk Syed Ibrahim Kader merupakan antara enam pemimpin yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di sini hari ini.

Empat lagi pemimpin yang dilantik ialah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Yunus Kurus, 64, Exco Pergerakan Wanita UMNO, Norliza Abdul Rahim, 42, Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin, 53, dan Naib Pengerusi I, Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Saiful Izham Ramli, 40.

Abu Zahar dan Armani Mahiruddin (empat dari kiri) berbual dengan senator baru dilantik (dari kiri) Saiful Izham Ramli, Muhamad Yusof Husin, Norliza Abdul Rahim, Syed Ibrahim Kader, Yunus Kurus dan Chin Su Phin di Kuala Lumpur, semalam.


Wednesday, April 27, 2011

email from Japan~~

hari ni aku nak share sikit email yang aku dapat dari host family waktu aku kat Jepun dlu~~
walaupun kami slalu berutus email, tapi kali ni special skit~~
mama dh improve sedikit in her english~~


Hello.
It is a mama.
How are you?
All of us are in good health.
papa has few holidays to spend slowly because work is busy every day.
Aya becomes an eleventh grader and study becomes difficult and is troubled.
If I study more English, and more conversations are possible with you, I think that I am fun.
I gain weight because of lack of exercise a little and walk every night for 30 minutes.
I look forward to going for a trip to Korea with a friend in May very.
What do you do now?
In addition, please inform your life.
I pray for your happiness.
mama

Tuesday, April 26, 2011

Andainya~~

Andainya ku pergi
Usah disesali
Kerana ku sangsi
Adakah cinta masih di sini

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tega melukaiku

Sampai bila akan begini
Menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan airmata menemani
Langkahku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini

Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
Takdir ku terima

Tuhan tunjukkanlah
Cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu
Kan bersemadi
Untuk selamanya

hati,

Friday, April 22, 2011

Sangat Lah Merindui~~


sedang membelek2 photo album in my FB, tiba2 terpandang gambar ini~~


Oh tidak!!!!! sangat lah merindui aktiviti seperti ini~~~
sangat lah merindui OBML..
sangatlah merindui PIMPIN SISWA..
sangat lah merindui PERJUANGAN..
sangatlah merindui untuk bercakap dalam kumpulan yg ramai-ramai itu..
sangatlah...sangatlah...sangatlah....


Thursday, April 21, 2011

BiLa RiNdu~~

aura yg memecah semesta
menyampaikan pesan kesunyian di kala sendiri
kesepian yg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa2 apabila rindu
yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku, fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong
benar!ku tak bohong,bila hadir nya diri mu~~


bila rindu,

Tuesday, March 29, 2011

sahabat,musuh,gembira & bahagia~~


jgn risau, saya tak pernah terdetik untuk menjadikan kamu musuh saya~~malah saya lebih gembira jika kamu tidak mengangap saya musuh kamu~~saya akan gembira bila kamu gembira, bahgia bila kamu bahgia, kerana kamu insan yg masih tersenarai dalam hati saya~~=)



Monday, March 21, 2011

JoDoH iTu KeTeNtuAn TuHaN~~



“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…”

JODOH ITU KETENTUAN TUHAN

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Thursday, March 10, 2011

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


such a beautiful n great moment

kami menghabiskan masa bersama~~~
such a beautiful n great moment togather~~









Thursday, February 24, 2011

Pilihanraya Kampus: Konspirasi~~

Pemilihan MPP/MPM seluruh IPTA sudah pun selesai. Daripada analisa kami, kumpulan pendokong aspirasi universiti masih kukuh kerana menguasai 17 buah universiti manakala kumpulan Pro-Mahasiswa pula hanya mampu menguasai 3 buah universiti di Lembah Klang.

Namun begitu, pemilihan kali ini ternyata amat menarik rentetan beberapa insiden yang telah berlaku di beberapa buah IPT. Kalau di USM, kejadian bakar kain rentang calon pendokong aspirasi universiti dianggap sebagai keterlaluan, suasana di Lembah Klang sebenarnya jauh lebih genting. Insiden usung keranda, calon hilang, demonstrasi 17 jam dan sebagainya lagi telah mewarnai pemilihan tahun ini.

Beberapa akhbar misalnya hari ini melaporkan ‘kehilangan’ kedua calon Pro-Mahasiswa Universiti Malaya walaupun selepas menang kerusi yang ditandingi. Kehilangan kedua ini menimbulkan lebih banyak misteri kerana mangsa sehingga kini belum membuat laporan polis berhubung kehilangan pertama, dan kini beliau hilang lagi ketika pihak universiti mahu mengambil keterangannya.

Konspirasi? Atau penganiayaan? Ramai antara kita barangkali belum tahu kedudukan sebenar calon berkenaan. Masturah, penuntut jurusan Sains Politik Syariah Islam di Akademi Pengajian Islam UM dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas membeli kad tambah nilai prabayar di Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam ketika berkempen untuk pilihan raya kampus.

Selepas 30 jam dikatakan hilang, pelajar itu ditemui semula di Masjid Teras Hernang, Bangi tengah malam Ahad lalu. Masturah kemudian muncul antara calon promahasiswa yang menang dalam pemilihan.