Kumpulan Pro Aspirasi Pelajar terus mengungguli pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2011/2012 apabila berjaya mengukuhkan kedudukan di tujuh buah universiti awam di negara ini. Antara universiti yang dikuasai oleh kumpulan yang melabelkan diri mereka selari dengan aspirasi kerajaan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurut Kosmo, Aspirasi kuasai 7 IPTA, namun calon-calon pro pembangkang berjaya juga ditumbangkan di 9 IPTA lain iaitu UUM, UNIMAS, USIM, UMP, UMT, UMK, UPSI, UTeM, UNISZA
Sementara itu, di Universiti Utara Malaysia, calon PERUBAHAN telah berjaya mengalahkan calon Pro Mahasiswa dengan 29-3, dua calon BEBAS dan GPMS turut berjaya menang di UUM. Di UNIMAS, calon Pro Mahasiswa kalah teruk di umum dan fakulti. Begitu juga di USIM, UMP dan UTeM yang mana mahasiswa menolak fahaman pembangkang yang cuba dibawakan oleh kumpulan pelajar pro pembangkang itu. Di UMT, kumpulan pelajar pro pembangkang tidak mendapat sambutan langsung daripada pelajar. Di UNISZA, buat pertama kalinya wujud dua orang calon MPP yang pro pembangkang. Secara keseluruhan, kumpuan pelajar pro pembangkang berjaya menguasai hanya tiga IPTA iaitu UIA, UM dan UKM manakala pelajar yang beridealisme pelajar kuasai 16 IPT yang lain. Dipercayai target kumpulan pelajar pro pembangkang selepas ini adalah untuk menawan UPM, USM dan UTM.

0 comments:
Post a Comment